ummi.....

blogger templates
Ya Allah,Aku bersyukur atas pemberian Mu ini pada ku. Pemberian yang terlalu bernilai. YA Allah, kau ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu aku masih kecil lagi. Ya Allah. Jangan Kau bebankan mereka sesuatu yang tidak mampu mereka tampung, Ya Rabb. Aku mohon, YA Allah, Jangan kau tarik hidayah ini dari kami. Ya Allah, aku tahu aku tidak layak ke syurga Mu, Ya Allah, Namun seksa neraka Mu terlalu berat, tidak termampu untuk menanggunya. Makanya Ya Rabb...Masukkanlah aku ke dalam syurgaMU atas belas kasihan dari MU. Berikanlah syurga mu yang terbaik untuk mereka, Ummi dan Abahku. Temukan aku dengan ibubapaku disana. Bahagia membina mahligai di alam sana. YA Allah. Aku mohon. Mohon dengan semohon-mohonnya. Jangan kau jadikan kami bermusuhan dipadang mahsyar nanti, Ya Allah.... Aku ingin berjalan seiringan bersama dengannya. Meredhoi antara satu sama lain. Ya Allah..Izinkanlah aku.. Mencintainya dunia dan akhirat.
Amiin.
Buat Ummi yang Tersayang..
Maafkan aku kerana sering menghiris hatimu. Ampunkan aku kerana kau sering terluka disebabkan kealpaan dan amarahku yang tercela. Tiada ku pinta ini terjadi. Bukan niatku melukakan hatimu. Sungguh aku benar-benar tidak berniat. Cuma kerana nafsu yang dihasut syaitan buat aku lupa betapa tingginya pengorbanan mu, betapa tingginya darjatmu disisi Yang Esa.... Syurgaku ditelapak kaki mu, Ummi... Ummi ingatkan aku jika terlupa, tarbiyah aku andai diriku terleka, kerna ku pasti, kau mahukan yang terbaik untukku. Ummi. Sering kau ungkapkan, berjuang dijalanNYa bukan kerja mudah, untuk menang terlalu banyak halangan dan rintangan, Seandainya menang syurga akan di peroleh.. Itu janji Allah dan janji Allah adalah pasti belaka. Ummi. Tidak mahu ku kau bersedih hati, Biar menggunung selaut badai tiada ingin ku melihat kau kecewa. Lantaran pujukannya cukup indah. Tabahlah wahai Ummi... kerna kau umpama pohon yang rendang tempat kami menumpang kasih. Semakin tegap kau berdiri, semakin utuh kami disini. Ummi.... InsyaAllah !! akukan setia menjagamu hingga hari tuamu...
Upload To FB!

0 Response to "ummi....."

Post a Comment